[Gambar] lawak Samsung galaxy note 7 ditroll habis-habisan..

Samsung Note 7 telah ditroll kerana bateri isu..








sementara itu samsung telah menghentikan penggunaan note 7..


Samsung Gesa Hentikan Penggunaan Note 7 Serta Merta


Syarikat pengeluar telefon pintar ternama, Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) menggesa pengguna Galaxy Note 7 segera hentikan penggunaan telefon pintar itu sementara mereka menyiasat laporan kebakaran dialami peranti terbabit.

Samsung juga menegaskan bahawa mereka akan menggantung semua jualan model itu. 

September lepas, Samsung telah menarik semula 2.5 juta telefon itu selepas menerima laporan berkekenaan masalah bateri peranti terbabit dan menawarkan peranti gantian yang lebih selamat. Namun, kini telefon gantian itu pula dilaporkan terbakar selain mempunyai masalah bateri yang sama.

Seorang lelaki dari Kentucky mendakwa menyedari biliknya berasap selepas bangun dari tidur akibat daripada Note 7 gantian beliau yang terbakar. Manakala beberapa hari sebelum itu , sebuah pesawat penumpang dikosongkan di AS minggu lalu selepas mendapati peranti gantian itu mula berasap di kabin.

"Keselamatan pengguna adalah keutamaan kami dan kami akan menggesa untuk menghentikan semua pengeluaran model itu dan menggantikannya sementara siasatan dijalankan. 

"Pengguna Galaxy Note 7 dan telefon gantiannya digesa untuk mematikan telefon bimbit mereka serta dilarang dari terus menggunakannya lagi serta merta mulai sekarang," jelas syarikat itu. 

Previous
Next Post »