Potong kemaluan selepas didesak oleh family giler betul
Lelaki yang sudah berkahwin berkenaan dikejarkan ke hospital oleh saudara lelakinya, bersama-sama organ yang dipotong itu
Kejadian berlaku sembilan hari lalu
Perunding dan Ketua Jabatan Urulogi Hospital Al Qasimi, Dr Younis Al Shamsi, yang melakukan pembedahan tiga jam, berkata organ berkenaan berjaya dicantum semula
Menceritakan kes itu, Dr Al Shamsi berkata, lelaki berkata yang semakin pulih berkemungkinan menghidap masalah mental yang mendorong beliau bertindak demikian
Dr Al Shamsi berkata, kejadian berlaku apabila ibu bapa lelaki itu memaksa beliau berkahwin lagi walaupun sudah mempunyai isteri yang menetap di negara asal mereka
Apabila keluarganya terus memaksanya, dalam keadaan marah, lelaki itu mengambil pisau dan memotong kemaluan sendiri
Pada awalnya, beliau enggan menjalani pembedahan tetapi bersetuju selepas dipujuk doktor dan saudara lelakinya
Kejadian dilaporkan kepada polis Sharjah dan beliau dijangka disoal siasat selepas dibenarkan meninggalkan hospital
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/206127
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDOGUrybbtjDXxSiDgJhzDNEVKn4RHGbF6DULeq4cYKRPBG03Q-6AHdAMJ10iROa-AbCMUpdjPM3OfRM3Uy3CNZXoclnTN63NEGOemR118Ob28UmEpmFXIQJkfuQosDJgxnoVSAElU1-A/s1600/Diem.png)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEadZAZjHrIlR6ySkK0ZbJpuuQIxi3CzLCg3sdiH7QFpoY6jBGKJby5Em30jZHaCTURBYywwKbTVLkigb6R3c_DfuK91zye3Qkj71OFkOW_7Mli95wYFJqe8Fa22O2N-2PVTg2tyscAB4/s1600/Lelaki+potong+kemaluan+selepas+keluarga+desak+kahwin.jpg)