(Video) 'Pemandu lori cuai, pemandu Myvi pun...' - 5 kenderaan terbabit dalam kemalangan gara-gara kecuaian 2 pemandu


Gara-gara kecuaian dan kelalaian, lima buah kenderaan termasuk dua lori perdagangan terbabit dalam kemalangan di hadapan sebuah stesen minyak di Kempas, Johor Bahru. 


Berdasarkan video rakaman dashcam saksi, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.32 pagi tadi di jalan garisan berkembar. 


Sebelum kejadian, kelihatan salah sebuah kereta Perodua Myvi berhenti di tengah jalan dipercayai mahu memasuki stesen minyak tersebut walaupun peraturan jalan telah menetapkan pengguna jalan raya tidak boleh berbuat demikian di jalan garisan berkembar. 


Dalam masa yang sama, pemandu lori berwarna biru dipercayai lalai terus merempuh bahagian belakang Myvi menyebabkan kenderaan itu teranjak ke depan lalu melanggar kereta dari bertentangan. 


Sebuah lagi kenderaan berwarna merah juga tidak sempat mengelak dan melanggar Myvi tersebut. Lori yang sama kemudian terus hilang kawalan dan melanggar sebuah lagi lori dari arah bertentangan di laluan masuk ke stesen minyak itu. 


Tidak diketahui bagaimana keadaan semua mangsa kemalangan. Namun netizen berpendapat, pemandu Mvyi dan lori menjadi punca sebenar kemalangan itu berlaku.



Orang ramai dinasihatkan sentiasa patuh pada peraturan jalan raya dan fokus pada pemanduan sepanjang masa bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku. Jangan disebabkan sikap dan kelalaian anda, pengguna yang lain menjadi mangsa. 


Sumber: Dashcam Owner Malaysia



source https://www.thereporter.my/2021/12/video-pemandu-lori-cuai-pemandu-myvi.html
Previous
Next Post »