(Video) 'Aku ludah muka hang!' - Penjaga tandas tak puas hati pengunjung pasang khemah tak bayar RM50 kat dia, padahal...


Tular di media sosial video pertengkaran yang melibatkan dua lelaki berhubung penggunaan pemasangan khemah di Gazebo yang disediakan di kawasan perkelahan Tanjung Asam, Bayan Lepas, Pulau Pinang. 


Video berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan, masing-masing enggan beralah dan salah seorang daripada lelaki terbabit mengugut mahu meludah lawannya. 


APA SEBENARNYA YANG BERLAKU? 


Menurut sumber yang menggunakan nama samaran, Panglima Taji berkata, sejak dari kecil lagi dia dan keluarganya datang beriadah di kawasan itu dan tidak pernah dikenakan sebarang bayaran sehinggalah pada hari kejadian mereka didatangi lelaki yang mendakwa dirinya menjaga kawasan tersebut. 


"Hari ini terjadi pertengkaran mulut dengan mangkok hayun ini. Kita dari kecik sampai sekarang dok mai mandi kat Tanjung Asam ni, dok berkhemah kat sini. 


"Sekarang dia suruh kita pasang khemah di tempat lain. Nak pasang khemah kat situ (tempat dalam video) bawah gazebo tu kena bayar RM50. Harey betul. Kata dia, situ dah ada orang booking. 


"Dia kata dia dok bayar RM30K kat PJS dan majlis. Gazebo ini pun dia habiskan duit RM9,000 kata dia buat. Macam kita ni orang luar, dia nak kencing (tipu)," katanya. 



Jelas pengadu lagi, tempat itu hanya dijaga oleh tukang sapu. Manakala lelaki terbabit pula hanyalah sebagai penjaga tandas awam di situ. Dalam masa yang sama, lelaki itu katanya mengambil kesempatan menggenakan bayaran RM10 terhadap mana-mana individu atau pihak yang mahu berniaga di kawasan tersebut. 




BOLEH DIGUNAKAN OLEH ORANG AWAM


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri N38 Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz meluahkan rasa kesal berhubung kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu. 


"Saya tegaskan di sini bahawa kawasan berkenaan adalah milik rizab kerajaan dan boleh digunakan oleh orang awam tidak kira siapa mereka yang hadir untuk menggunakan ruang pantai ataupun gazebo yang disediakan oleh JPS DBD. 


"Buat masa ini tiada pihak yang diberikan kuasa untuk mengenakan apa-apa bayaran seperti 'harta persendirian' atau pihak yang diberikan kuasa tata kelola kawasan perkelahan tersebut," katanya.



Azrul juga menasihatkan orang ramai membuat laporan polis sekiranya kejadian seumpama itu berulang di masa akan datang. 


Sumber: Facebook Penang Kini, FB ADUN N38, FB Panglima Taji



source https://www.thereporter.my/2021/12/video-aku-ludah-muka-hang-penjaga.html
Previous
Next Post »