'Luluh hati ini, saya rasa sangat jijik dengan dia' - Gadis minta putus selepas mendapati bakal suami punyai alat permainan seks


Perkahwinan adalah akad yang menghalalkan di antara lelaki dan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Namun dalam perjalanan menuju ke arah itu, sudah pasti pasangan berkenaan perlu melalui beberapa perkara penting bagi memastikan calon suami/isteri yang dipilih itu adalah calon yang sesuai. 


Tular di media sosial kelmarin, luahan seorang gadis yang kesal dengan bakal suaminya menyimpan alat permainan seks. Hal itu menyebabkan dia terkejut dan meminta hubungan mereka dihentikan serta-merta. 


"Saya dan boyfriend dah hampir empat tahun bersama. Tahun depan planning nak bertunang, kemudian kahwin. Jenis dia ni, sangat menjaga saya. Dia tak pernah menyentuh saya dan sebagainya, malah tak pernah berkira. 


"Keluarga masing-masing pun dah kenal dan tahu yang kami ni bercinta. Kami keluar bersama-sama pun kadang-kadang dia yang minta izin dari keluarga saya. 


"Tetapi beberapa hari lepas, semasa saya video call dengan dia, saya ternampak ada patung seks (saya tak tahu apa namanya tetapi macam yang bawah perempuan punya tu) di dalam bilik dia. Dan memang itu dia yang punya. 


"Betapa luluhnya hati saya, saya rasa sangat jijik dengan dia. Selepas daripada itu, saya terus tamatkan video call dan minta break. Sudah hampir tiga hari saya berdiam diri, tak tahu apa nak buat dan speechless. Tak tahu macam mana nak react. 


"Ibu dia cakap, dia lain dan dah dua hari tak makan," katanya. 



Di media sosial, netizen memberikan pelbagai reaksi. Ada yang menasihatkan untuk tidak membuat keputusan secara terburu-buru dan berbincang mengenai masalah tersebut secara bersemuka. Tidak kurang juga yang menasihatkan untuk 'menarik diri' kerana bimbang bakal suami akan berterusan melakukan perbuatan haram itu. 


"Serius juga confession kali ini. Si lelaki ada sex toy dalam bilik. Tetapi bila face to face, dia tidak ada menampakkan ciri-ciri mengambil kesempatan. Mungkin cik rasa jijik sebab anggap boyfriend cik ini gila seks sampai ada sex toy dalam bilik. Tetapi itulah dark side seseorang ini kita tak tahu selagi tak tinggal bersama. 


"Kita tidak boleh nak bagi solusi pada cik yang bertanya ini. Tetapi kena berbincang elok-elok sebab 4 tahun perkenalan ini bukan sekejap. Tetapi kalau memiliki sex toy ini sudah melanggar prinsip awak, perpisahan bukanlah teruk sangat dan jangan rasa terlalu bersalah," kata Chubb. 



Walaupun pengadu kini dilanda perasaan kecewa yang amat mendalam, netizen berharap pengadu dapat berbincang secara baik dengan pasangannya selain mendoakan bakal suaminya berubah dan sekali gus meninggal perbuatan yang tidak mendatangkan manfaat itu. 


Sumber: TwtWedding



source https://www.thereporter.my/2021/12/luluh-hati-ini-saya-rasa-sangat-jijik.html
Previous
Next Post »