Bapa sibuk ambil gambar, tak sedar singa gigit tangan anak sampai putus


Seorang kanak-kanak perempuan Yaman berusia dua tahun terpaksa dipotong tangan kirinya selepas digigit singa semasa keluarganya mengunjungi sebuah zoo di wilayah Ibb di Yaman, lapor Gulf News. 


Menurut laporan itu, mangsa telah memasukkan tangannya ke dalam sangkar singa menyebabkan haiwan itu serta-merta menggigit tangannya. Ketika kejadian, bapa mangsa sedang sibuk mengambil gambar anaknya. 


Mangsa dan bapanya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas melihat tangan anak perempuannya berada di dalam mulut singa. Kedua-dua mereka dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 


Sementara itu, penyokong hak asasi manusia pula menganggap bapa mangsa dan pihak pentadbiran zoo yang berada di bawah kawalan militia Al Houthi, bertanggungjawab ke atas tragedi itu. 


Mereka juga mengecam pihak pentadbiran tidak menghiraukan keselamatan pengunjung terutamanya kanak-kanak yang mempunyai kecenderungan untuk mendekati haiwan. 


Sumber: Gulf News



source https://www.thereporter.my/2021/12/bapa-sibuk-ambil-gambar-tak-sedar-singa.html
Previous
Next Post »