'Pihak maktab kitorg pun tak sekecoh kau la palataw!' - 6 pelajar terbabit kes buli ditahan & digantung sekolah, bakal dibuang dari MRSM


Susulan tular video kes buli pelajar di asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar semalam, semua suspek berusia 13 tahun telah ditahan semasa hadir memberi keterangan berhubung kes tersebut pada jam 6 petang Jumaat. 


Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, enam pelajar terbabit telah ditahan, manakala pemilik akaun media sosial yang menular video tersebut juga telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 


"Setakat ini, enam pelajar telah ditahan semalam dan mereka masih berada dalam tahanan sehingga kini," katanya memetik laporan dari Bernama. 


Beberapa jam sebelum ditahan, pengguna Twitter @Ekax_ telah dihubungi oleh pelajar yang dipercayai terbabit dalam kes buli itu yang memberi amaran bahawa individu yang menularkan video itu juga akan ditahan. 



Malah mereka menuduh pengguna Twitter berkenaan sengaja memperbesarkan hal tersebut, sedangkan pihak maktab katanya masih mampu menangani kes itu.


"Pihak maktab takde pun nak lebihkan kes ni lagi. Ni polis dengan netizen semua pahal nak kecoh-kecoh? Plus diorang tak tahu apa yang sebenarnya terjadi. 


"Like the f*** kau siapa nak tweet macam-macam lebih-lebih? Sampai maki hamun bagai. Pihak maktab kitorang pun tak sekecoh kaulah palataw," kata pelajar terbabit.



Namun, dakwaan pelajar itu sama sekali tersasar jauh apabila pihak institusi berkenaan mengambil tindakan menggantung enam pelajar terbabit selama dua minggu. 


Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) juga mencadangkan agar pelajar terbabit ditamatkan pengajian mereka di MRSM. 


"JDM MRSM sudah memanggil 10 pelajar yang terbabit dengan insiden berkenaan. Dalam laporan yang disediakan, enam pelajar terbabit memukul mangsa, manakala empat pelajar yang berada di lokasi kejadian didapati bersubahat dan membuat provokasi. Pelajar-pelajar ini berada di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3," katanya. 


Jelas Mahdzir, Mara memandang serius akan kes tersebut dan pihaknya tidak akan mencampuri urusan siasatan dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berdasarkan siasatan luaran. 


Tindakan Mara menggantung pelajar terbabit juga adalah berdasarkan siasatan dalaman dan mengikut peruntukan hukuman yang ditetapkan JDM dan kes tersebut akan dibawa kepada Jawatankuasa Disiplin Rayuan Maktab. 


"Kes ini adalah kes terpencil dan ia sekali sekala berlaku. Ini emosi anak muda, kalau kita baca laporan penuh itu, ia lebih kepada kemarahan, kalau kau lapor benda (perkara) ini aku akan buat kau, lebih kurang macam itulah. 


"Tak tahulah sekiranya ada peluang kedua dalam hidup dia (mereka), budak-budak lagi, kita akan laksanakan cadangan itu bermakna dia pergi sekolah lain," katanya.


Sumber: Bernama, Harian Metro, Twitter @Ekax_ 


LAPORAN BERKAITAN



source https://www.thereporter.my/2021/12/pihak-maktab-kitorg-pun-tak-sekecoh-kau.html
Previous
Next Post »