(Video) Wanita buat tarian lucah atas ambulans, halang perjalanan paramedik ke lokasi untuk selamatkan mangsa tembakan


Sekumpulan wanita dilihat sedang membuat tarian lucah (twerk) di atas ambulans di Lake Merritt, Oakland, California pada malam Sabtu ketika paramedik dalam perjalanan ke lokasi kejadian di mana seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya tujuh yang lain cedera. 


Ambulans dihentikan kira-kira 1,000 orang yang sedang berkumpul untuk meraikan Juneteenth setelah diisytiharkan sebagai cuti umum. 


Ketika ambulans tiba, orang ramai masih berpesta tanpa mengendahkan ambulans tersebut yang perlu bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan nyawa mangsa-mangsa tembakan. 


Apabila ambulans itu tidak dapat meneruskan perjalanan, kira-kira lima wanita mula melakukan tarian lucah di tepi, manakala yang lain memanjat bumbung kenderaan tersebut tanpa menyedari ada situasi yang serius sedang berlaku di kawasan berhampiran. Keadaan itu memaksa paramedik terpaksa keluar dan melalui kerumun itu untuk sampai ke tempat lokasi kejadian. 



Sementara itu dalam kenyataan polis di media sosial memaklumkan, kejadian tembakan itu berlaku pada jam 6.22 petang. Enam mangsa lelaki berusia dari 16 hingga 27 tahun dan seorang wanita berusia 21 tahun cedera serta seroang lagi mangsa berusia 22 tahun maut. 


"Sejurus selepas kejadian tembakan itu, Pegawai Polis Oakland mendapati dua suspek lelaki bersenjata melarikan diri dari tempat kejadian. Kedua-dua suspek telah ditahan dan dua senjata api yang digunakan suspek turut dirampas. 


Polis bagaimanapun, sedang menyiasat motif suspek dana Jabatan Polis Oakland kini menawarkan ganjaran $40,000 (RM166,460) kepada orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut. 


Penyiasat berkata, mereka sedang berusaha mengenal pasti motif kejadian dan percaya ia mempunyai kaitan dengan aktiviti geng di kejiranan San Francisco. 


Sumber: Daily Mail



source https://www.thereporter.my/2021/06/video-wanita-buat-tarian-lucah-atas.html
Previous
Next Post »