Pasukan penyelamat Jepun selamatkan mangsa lemas, rupa-rupanya patung ehem²


Pasukan penyelamat di Jepun yang berusaha menyelamatkan 'seorang wanita lemas' terapung di laut, terkejut apabila mendapati 'mangsa' rupa-rupanya patung seks. 


YouTuber Tanaka Natsuki yang ketika itu sedang membuat rakaman video sempat merakam kejadian itu selepas menyedari kehadiran polis, jentera bomba dan ambulans di pantai Hachinohe, timur laut negara itu. 


Patung itu dikatakan terapung secara terbalik di atas air, mengundang kebimbangan orang awam yang menyedarinya lalu menghubungi pihak berkuasa. 


Natsuki menyangka pihak penyelamat ketika itu sedang menyelamatkan manusia, sehinggalah 'mangsa' ditarik ke darat dan mendapati ia hanyalah patung. 


"Semasa saya sedang membuat rakaman video memancing, saya fikir mayat tersebut telah mengembang, ternyata hanyalah patung seks. Orang awam yang ternampak 'mayat' itu kemudian menghubungi pihak berkuasa dan syukurlah 'mangsa' berjaya diselamatkan," katanya. 


Seorang lagi saksi berada di tempat kejadian berkata, "Ini pasti melucukan, tetapi tidak menyenangkan untuk petugas penyelamat. Buanglah sampah korang di tempat yang sepatutnya". 


Menurut sumber dalam industri berkenaan, kira-kira 2,000 patung seks berharga dari $6,000 (RM24,969) dilengkapi dengan jari, kepala dan alat kelamin boleh didapati setiap tahun di Jepun. 


Sumber: Daily Mail



source https://www.thereporter.my/2021/06/pasukan-penyelamat-jepun-selamatkan.html
Previous
Next Post »