Kes 3 remaja ditembak mati anggota polis pada tahun 2010, keluarga dapat pampasan RM1.5 juta


13 November 2010, tiga remaja iaitu Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, Mohd Hairul Nizam Tuah, 22, dan Muhammad Hanafi Omar 21, mati ditembak polis di Glenmarie, Shah Alam. 


Dalam kejadian 11 tahun lalu itu, media melaporkan Timbalan Ketua Polis Selangor pada ketika itu, A Thaivegan berkata, ketiga-tiga remaja itu bersenjatakan parang dan cuba menyerang polis selepas merompak beberapa stesen petrol di Monteres dan Bukit Subang sebelum ditembak mati. 


Hari ini media melaporkan, Hakim Khadijah Idris (Mahkamat Tinggi Shah Alam) memutuskan kerajaan dan polis diarahkan membayar tuntutan ganti rugi berjumlah RM1,519,200 (difailkan pada November 2013) sebanyak RM1.5 juta kepada keluarga tiga remaja terbabit.


Sebelum itu pada 1 September 2016, Mahkamah Rayuan memutuskan polis dan kerajaan bertanggungjawab ke atas kematian tiga remaja berkenaan. Perkara itu kemudian diserahkan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk penilaian ganti rugi. 


Peguam kepada tiga keluarga remaja itu, Zaid Malek berkata, "Selepas hampir 11 tahun, keluarga mangsa tembakan Glenmarie akhirnya mendapati sedikit keadilan ke atas trauma dan kehilangan besar yang dihadapi mereka disebabkan tindakan polis. 


"Kami berharap Pejabat Peguam Negara tidak merayu keputusan ini agar perkara ini dapat ditamatkan. Kami juga menggesa kerajaan dan polis untuk mengambil tindakan disiplin dan jenayah secara segera terhadap anggota polis yang terlibat. 


"Ganti rugi RM1.5 juta akan dibahagikan antara tiga keluarga. Bakinya adalah ganti rugi untuk tuntutan kebergantungan dan akan dibahagikan mengikut tuntutan masing-masing (salah laku awam, teruk, teladan dan RM19,200 untuk tuntutan kebergantungan)," katanya. 


Ibu bapa kepada tiga remaja berkenaan memfailkan saman terhadap kematian anak-anak mereka dengan menamakan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai defendan, serta anggota polis yang terlibat dalam tembakan yang tidak dikenal pasti. 


Saman itu menyatakan, Shamil, Hairul dan Hanafi mati akibat tembakan di dada dan kepala. Shamil yang ketika itu berusia 15 tahun mendapat 7 luka termasuk tembakan di kepala. Hairul yang ketika itu berusia 20 tahun, mengalami 3 luka termasuk di kepala, toraks dan perut, manakala Hanafi pula tujuh luka termasuk di kepala dan dada. 


Peguam keluarga itu yang memetik laporan bedah siasat dibuat Hospital Klang mendakwa, tiga remaja itu ditembak dari jarak dekat. Kejadian itu dianggap sebagai cuai dan bertindak secara terburu-buru serta tidak mengikut prosedur ketika melakukan tembakan. Selain itu, mereka mendakwa pasukan polis gagal mengawal anggotanya dalam operasi tangkapan dan sistem yang wajar berhubung penangkapan penjenayah dan pengendalian suspek yang ditangkap. 


Mereka turut mendakwa polis cuai dan tidak kompeten dalam mengiktiraf hak untuk hidup dan hak terhadap keselamatan dan kesihatan mangsa, dan polis meneruskan tindakan mereka gegal mengiktiraf peruntukan undang-undang dan hak Perlembagaan suspek/ 


Disebabkan kejadian itu, pihak keluarga mengalami tekanan dan kejutan akibat kematian anak-anak mereka.


Sumber: MalaysiaKini



source https://www.thereporter.my/2021/06/kes-3-remaja-ditembak-mati-anggota.html
Previous
Next Post »