Pawagam menonton atas tilam diarah tutup



PALEMBANG - INDONESIA. Sebuah rangkaian pawagam di Palembang, Indonesia diarah tutup ekoran aduan orang ramai bahawa pusat hiburan itu 'mempromosi zina'.




Memetik laporan News Asia One, pawagan itu dilengkapi dengan set katil mewah disertakan bersama bantal diarah tutup selepas Timbalan Datuk Bandar Palembang, Fitrianti Agustinda melawat dan mengadakan operasi ke pawagam yang terletak di Pasar Sosial.

Hasil siasatan Agustinda ke situ, telah membuatkan beliau naik angin dan marah serta menolak penjelasan pihak pawagam.




Beliau dipetik berkata, "Jika ia seperti ini, orang-orang yang tidak mahu menonton filem boleh melakukan 'sesuatu' yang lain,". katanya.


Keadaan pawagam yang diarah tutup oleh Fitrianti. - Foto News Asia One
Previous
Next Post »