Gadis rugi RM12,000 tunang tak muncul di majlis nikah



PENDANG, 8 Feb ― Seorang wanita menanggung malu apabila tunangnya tidak muncul-muncul, konon ingin membeli samping, di hari pernikahan mereka Sabtu lalu.
Ingin dikenali Ifa, 23, jurujual itu turut kerugian RM12,000 daripada belanja makanan dan persiapan majlis perkahwinan di Kampung Alor Besar di sini, lapor Harian Metro.

“Kali terakhir saya menghubunginya jam 2 petang [Sabtu 4 Februari] apabila tunang memaklumkan ingin keluar mencari samping, menyebabkan saya tidak mengesyaki apa-apa,” katanya.

Wanita itu dijadual disatukan dengan penjual ikan, dikenali Irwan sahaja, selepas asar pada majlis akad nikah di masjid di kampungnya tetapi lelaki itu terus lesap sampai sekarang.

“Selepas menunggu dia langsung tidak muncul, malah panggilan telefon saya juga tidak dijawab menyebabkan saya buntu,” katanya, yang mengenali lelaki 32 tahun itu sejak lima tahun lalu.

Beliau terpaksa menelan malu apabila jurunikah turut tertunggu-tunggu lelaki itu, selain makanan juga telah dihidangkan.




Selain malu, seorang jurujual di Kampung Alor Besar, Pendang di Kedah rugi RM12,000 daripada kos makanan dan persiapan kenduri setelah tunangnya lesap. ― Foto fail
Previous
Next Post »