Ezekiel Ingutu, 42, menerima hukuman itu selepas perbuatannya makan ikan bilis berkenaan diadukan anaknya kepada isterinya, Jackline Muchela yang dikahwini sejak 15 tahun lalu.
Akhbar Nation melaporkan, kejadian di Kaptembwa itu menyebabkan Ingutu melecur teruk di perutnya.
“Jackline keluar sebentar dan saya mengambil kesempatan menjamah ikan bilis berkenaan.
“Namun sebaik dia masuk semula ke rumah, anak kami mengadu perbuatan saya kepadanya menyebabkan Jackline berang dan terus menyimbah saya dengan air panas.
![]() |
JACKLINE (kiri) ditahan jirannya selepas mencederakan suaminya. - Agensi |