Remaja lelaki Di bunuh dan dikerat-kerat kes sama macam Mona Fandey

Mayat remaja lelaki dikerat-kerat ditemui dalam 5 beg plastik






Tangkak: Mayat remaja lelaki ditemui dikerat beberapa bahagian, dibungkus dalam lima beg plastik dan disorok dalam saluran longkang di tepi parkir sebuah rumah di Kampung Kesang Laut di sini, hari ini.

Setakat ini, polis sedang menyiasat motif pembunuhan itu namun ia dipercayai kerana cemburu dan mangsa dikatakan bukan penduduk kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.15 petang oleh pemilik rumah yang menemui pergelangan kaki dan sepasukan polis dikejarkan ke lokasi.

"Hasil siasatan awal, kami menemui lima bungkusan plastik yang disumbat dalam dalam saluran longkang di tepi rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, polis yang menggeledah rumah dan kawasan sekitar kemudian menemui kepala mangsa yang ditanam berhampiran rumah itu.

"Kami percaya mangsa, seorang remaja lelaki dibunuh di tempat lain dan berdasarkan keadaan anggota badan, mungkin kejadian berlaku lebih tiga hari lalu," katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, tidak sampai sejam selepas menerima laporan kejadian itu, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat remaja lelaki dikerat ditemukan

TANGKAK 6 Nov. - Polis menemukan satu mayat remaja lelaki yang dikerat beberapa bahagian termasuk kepalanya di dalam kalbat di tempat letak kereta sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, di sini petang ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohad Idris Samsuri berkata, mayat yang masih dikenal pasti identitinya itu dibungkus ke dalam lima plastik berasingan dan disorok di lokasi itu.

Bagaimanapun, kepala mangsa tidak disorokkan dalam plastik terbabit tetapi ditemukan tertanam tidak jauh dari lokasi anggota badan lain ditemukan.

"Polis menerima panggilan daripada tuan rumah berkenaan pada pukul 3.15 petang yang menemukan pergelangan kaki berdekatan tempat meletak kenderaan itu dan kita percaya mangsa dibunuh di tempat lain lebih tiga hari lalu," katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Mohad Idris menambah, polis juga berjaya memberkas seorang remaja lelaki berusia 19 tahun susulan penemuan mayat itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Mayat remaja dikerat 10

Muar: Kepala dipisahkan dari badan manakala tubuh seorang remaja lelaki dipercayai berusia 19 tahun, dipotong kepada hampir 10 bahagian, dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum disorok dalam pembetung saluran air longkang sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, di sini, hari ini.

Mangsa yang masih belum diketahui identitinya, dipercayai dibunuh tiga hari lalu, dan mayatnya dikerat-kerat sebelum dimasukkan ke dalam lima beg plastik.

Polis sedang berusaha memastikan motif, termasuk kemungkinan cemburu berebutkan wanita dalam pembunuhan kejam ala kes Mona Fandey pada 1993, yang memotong mayat Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris, kepada 18 bahagian.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, pemilik rumah itu terhidu bau busuk ketika membersihkan rumahnya sebelum menemui pergelangan kaki lalu menghubungi polis.

Polis menerima panggilan pada 3.15 petang dan sepasukan polis menemui lima bungkusan plastik mengandungi keratan tubuh manusia sebelum menemui kepala yang ditanam di kawasan berhampiran rumah itu.

“Kami percaya mangsa adalah lelaki berusia bawah 20 tahun dan dibunuh di tempat lain. Berdasarkan keadaan anggota badan, kejadian mungkin berlaku lebih tiga hari lalu,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Polis juga sedang menyiasat tempat dan cara mangsa dibunuh serta senjata yang digunakan, termasuk bagi mengerat mayat.

Setakat ini, seorang lelaki juga berusia bawah 20 tahun sudah ditahan di sebuah rumah berhampiran tempat kejadian bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, kita dapati suspek tiada rekod jenayah lampau,” kata Mohad Idris.

Menurutnya, semua anggota badan itu dihantar ke Hospital Tangkak dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Rajah mayat ADUN Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris, yang dipotong kepada 18 bahagian selepas dibunuh pada 1993.

Sumber : Harian metro
Previous
Next Post »