Pasangan Ditahan - Susulan viral kes pasangan yang melakukan provokosi terlampau kepada penguatkuasa

Pasangan Kepung Pegawai MBSA Ditangkap



SUNGAI BULOH - Pasangan dipercayai suami isteri yang menghalang seorang anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjalankan tugas, telahpun ditahan awal pagi tadi.

Kejadian yang menjadi viral di media sosial semalam telah meyebabkan kemarahan netizen .


Dalam kejadian 10.24 pagi semalam di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, pasangan berkenaan dilihat menghalang seorang penjawat awam, Nurul Ain Isa, dan dua lagi rakan sekerjanya menjalankan tugas menggenakan kompaun pada kenderaan milik pasangan berkenaan kerana tidak mempamerkan kupon parking.

 Berang dikenakan saman, pemilik kenderaan berkenaan tampil dan menyatakan bahawa dia sudah ada kupon parking.


Namun, Nurul menjelaskan bahawa saman yang telah dikeluarkan tidak boleh dibatalkan.

"Saya telah keluarkan saman parking ke atas sebuah kereta kerana tidak pamerkan kupon meletakkan kenderaan. Selepas saya mengeluarkan saman tersebut, datang seorang perempuan berjumpa dengan saya dan dengan nada kasar memarahi saya. 

"Dia juga menyatakan bahawa dia sudah ada kupon. Saya menjelaskan bahawa saman yang telah dikeluarkan tidak boleh dibatalkan yang kemudian berlaku pertengkaran di antara kami.




Previous
Next Post »