Lelaki maut 'cair' Terjatuh dalam kolam berasid
Ramai di antara kita memanfaatkan kolam air panas dengan mandi untuk kesihatan diri dan keluarga. Malah ada yang mengatakan penyakit kulit akan sembuh jika mengamalkan mandi di kolam air panas atau lebih dikenali sebagai hot spring. Di negara kita memang banyak tempat-tempat tersebut.
Tetapi awas!! Kolam air panas juga mempunyai bahayanya jika tidak diikuti peraturan pengunaannya. Terbaru yang berlaku di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat telah mengorbankan seorang lelaki berusia 23 tahun. Beliau yang dikenali sebagai Colin Nathaniel Scott Portland, Oregon, itu cuba mencari tempat untuk mandi di mata air panas di situ. Tetapi malangnya beliau tergelincir jatuh dan maut ke dalam air panas yang mendidih itu. Sebelum itu beliau dikatakan cuba untuk 'hot pot' iaitu amalan yang diharamkan berenang di kolam renang terma di Yellostone.
Jun lalu, beliau bersama kakaknya, Sable datang melawat taman tersebut tetapi mereka kelihatan telah meninggalkan pelantar laluan yang berhampiran mata air panas dan berjalan menuju ke atas bukit di mana dikatakan ada kolam untuk berendam. Colin juga telah masuk ke dalam air itu untuk menguji suhu apabila dia tergelincir.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhogab2qnet_6JqHt8ilQnEUp-trZpbF-0ZWJdRHsoARDkp_8I_RYVIou0PtBwUby2Pzn6XybZEwsIx_GgTq5xt9Cd1ZtgtHoW2QrdV6vQNnVKA_hDXdNBS1TI0axlrpj_7kWdX7h62ehA/s1600/kolamairpanas3.jpg)
Aksi tersebut telah dirakamkan oleh kakaknya melalui telefon bimbitnya sepanjang masa sehinggalah Colin jatuh ke dalam kolam dan mati. Tetapi pegawai taman tersebut telah menyimpan rakaman tersebut dari terlepas ke media sosial dan boleh memberikan tekanan kepada keluarga mereka. Menurut laporan polis , yang dikeluarkan melalui Kebebasan permintaan Akta Maklumat, Sable kini mengalami trauma dan kecederaan yang boleh dilihat sendiri.
Sementelah Colin jatuh ke dalam kolam tersebut, maka kumpulan Pencari dan Penyelamat (SAR) pun diaktifkan. Tetapi dalam aktiviti pencarian tersebut terpaksa dihentikan seketika memandangkan ribut petir melanda di tempat kejadian.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjG2ybDQ8VgTxVvAZJi0mXX0hnXTAkGStMkVeIdUJ0g5f5JKHeEVVYu78l3kLXl-fJOE92boxJjyjQVHSc7a02vSSwRdZGiclBQ0_VNZitu3k8lmnM9qCUqEbQ3wXHegbwD3Cdw-dz_jg/s1600/kolamairpanas2.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_BB9UCruDhTJREKp6i30BVT3jIqdQffJBcuOS1s-Bt8iMxPH_MwLfkhkE_eJRaLwTyTLJwap2MTOaPGGhcyCORzu3jI9MFKGS0sFsSQtbVmispT7kIesdUg7XVDarmGnrt3PtLm3KXKA/s1600/kolamairpanas4_1.jpg)
Gambar dari AP Photo | Photo courtesy of the National Park Service
Sumber : The