Cara Orang Kaya di Malaysia Elak Cukai

Kastam rampas McLaren 570S bernilai RM4.5 juta cuba elak cukai


KUALA LUMPUR 2 Nov. - Cubaan seorang peniaga restoran menyeludup masuk kereta mewah McLaren 570s miliknya ke Langkawi, Kedah untuk melupuskan cukai bernilai lebih RM3.14 juta gagal selepas kenderaan itu ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kuala Perlis, Perlis, baru-baru ini.

Semasa ditahan kira-kira pukul 1 petang pada 22 Oktober lalu, kereta berharga RM4.5 juta itu sedang dipandu oleh seorang lelaki berusia 30-an disyaki ‘runner’ yang diupah untuk menghantar ke Langkawi dan membawa semula kenderaan tersebut ke tanah besar.

Siasatan mendapati kereta berwarna putih itu telah digunakan sejak tiga bulan lalu dan didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan nombor pendaftaran Wilayah Persekutuan yang bermula dengan huruf V.

Persoalannya, bagaimana kereta mewah yang belum dibayar cukai dan tidak diluluskan JKDM boleh didaftarkan dengan JPJ?

Difahamkan, kereta itu telah diekori JKDM yang sedang menjalankan operasi memburu kenderaan mewah yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam termasuk tidak membayar cukai.

Dalam pada itu, lelaki yang memandu kereta tersebut telah diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barang-barang belum lulus Kastam.

Pemilik kenderaan itu juga telah dipanggil hari ini untuk disoal siasat. Kereta mewah miliknya pula masih ditahan di pejabat JKDM Kuala Perlis.

Pengarah Kastam Perlis, Kamarudin Jaafar ketika dihubungi hari ini mengesahkan kes itu tetapi enggan mengulas lanjut.


Previous
Next Post »