Jangan Lupa Fenomena Supermoon Terbesar Sejak Tahun 1948 Isnin Depan

FENOMENA SUPERMOON TERBESAR ISNIN DEPAN (14 November 2016)







Orang ramai berpeluang menyaksikan Supermoon atau 'perigee', iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi pada Isnin depan.




KUALA LUMPUR: Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam kenyataan medianya berkata, fenomena supermoon terbesar semenjak 25 Januari 1948 dapat disaksikan saat fasa penuhnya pada 9.54 malam pada Isnin ini, 14 November.

Bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi bermula 7:24 malam

Ahli astronomi menyebut fenomena tersebut sebagai Bulan Penuh Perigee yang diistilahkan oleh masyarakat awam sebagai “supermoon”.

Titik pada orbit Bulan yang paling dekat dengan Bumi dinamakan perigee dan titik paling jauh ialah apogee.

Istilah supermoon pertama kali diperkenalkan oleh ahli nujum bernama Richard Nolle 1979.

Angkasa menjelaskan, Bulan yang berada pada kedudukan perigee pada fasa purnama, menyebabkan orang ramai melihat Bulan kelihatan seolah-olah lebih besar berbanding keadaan biasanya, dilihat dari Bumi.

Menurut NASA, bulan kelihatan lebih besar 12 hingga 14 peratus lebih besar daripada biasa.





Jarak antara Bulan dengan Bumi berbeza sepanjang bulan dan tahun.

Secara purata jaraknya ialah sekitar 382,900 kilometer.

Semasa berlaku supermoon bulan berada kurang 360,000 kilometer dan paling jauh 400,000 kilometer dari pusat Bumi.

Fenomena supermoon pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015.

Menurut Angkasa, “kejadian kali ini merupakan supermoon yang berada pada jarak paling dekat dengan Bumi sejak 68 tahun.”

Mari saksikan fenomena istimewa ini hanya dengan mendongak langit yang cerah pada malam tersebut.

Atau jika terlepas peluang kali ini, sekiranya berumur panjang, anda hanya berpeluang melihat fenomena serupa 18 tahun lagi iaitu 25 November 2034. –




Previous
Next Post »