Kejadian samun bersenjata kedai emas di Tesco Puchong 19 November

Kes Rompakan Kedai Emas Di Tesco Puchong, Video Dirakam Pengunjung

rakam

Beberapa perompak berjaya melarikan 8 dulang barang kemas dalam satu rompakan di kedai menjual barang kemas di sebuah pasar raya di Puchong.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata polis dimaklumkan mengenai insiden itu kira-kira pukul 11.10 pagi Sabtu.
Berdasarkan kenyataan awal, 6 lelaki memakai topi keledar dan jaket hijau membawa bersama tukul besi semasa insiden di tingkat bawah pasar raya tersebut.
Ini kenyataan polis:
“Empat suspek masuk ke dalam kedai manakala seorang lagi berada di luar.
“Seorang lagi suspek menunggu di dalam sebuah kereta jenis Toyota Wish,”
Perompak tersebut kemudiannya melarikan diri bersama barang kemas yang dirompak.
Setakat ini jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata secara berkumpulan.
Sementara itu sebuah video amatur berjaya dirakam oleh saksi kejadian. -

Ini videonya:


Previous
Next Post »