(Video) Wanita separuh bogel terjatuh dari balkoni ketika sedang berasmara, sebelum hempap kereta jirannya


AMARAN! Video mungkin mengandungi adegan yang kurang sesuai untuk ditonton oleh sesetengah orang. 


Seorang wanita terjatuh dari balkoni di sebuah pangsapuri Taipei ketika sedang berasrama dengan pasangannya sebelum menghempap sebuah kereta sedan yang diletakkan di bawah bangunan berkenaan. 


Kejadian itu berlaku pada 5 September lalu dan dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan bahagian punggungnya terdahulu menghempap kenderaan tersebut yang menyebabkan kerosakan teruk. 


Mangsa dilihat memegang bahagian belakang badannya yang mengalami kesakitan luar biasa dan trauma sebelum pasangannya dalam keadaan tidak berbaju datang mendapatkannya. 



Seorang saksi kejadian berkata, "Saya dalam perjalanan pulang ke rumah ketika kejadian itu berlaku. Saya tak nampak dia jatuh tetapi terdengar bunyi dentuman yang kuat dan saya ternampak mangsa berada di atas kenderaan itu sebelum seorang lelaki datang membantunya". 


Mangsa dibawa di hospital dan disahkan mengalami kecederaan di bahagian belakang badan serta ditahan di wad selama beberapa minggu untuk rawatan. Mangsa kini berada dalam keadaan stabil. 


Pasangan itu juga diarahkan membayar ganti rugi kerosakan pada kenderaan tersebut kepada pemiliknya yang juga tinggal di pangsapuri tersebut. 


Sumber: The Sun



source https://www.thereporter.my/2021/09/video-wanita-separuh-bogel-terjatuh.html
Previous
Next Post »