Suami belasah isteri hampir mati selepas buat video call dirinya berasmara dengan lelaki lain di dalam kereta


Seorang lelaki di Maryland (US) membelasah isterinya dengan kejam selepas mangsa tertekan FaceTime ketika sedang melakukan hubungan intim dengan lelaki lain di dalam sebuah kereta yang diparkirkan berhampiran sebuah hotel di Pennsylvania. 


William Atkinson, 34, menerima panggilan video itu dari isterinya pada 21 September dan segera meminta rakannya membawa dia ke lokasi tersebut untuk berdepan dengan pasangan curang itu. 


Sebaik saja tiba di Best Western di Somerset, Atkinson menemui isterinya berusia 32 tahun dan kekasihnya yang tidak didedahkan identiti mereka dalam laporan polis, terus dipukul dan ditendang. Bagaimanapun, lelaki itu berjaya melarikan diri. 


Apabila polis tiba di tempat kejadian, Atkinson dikatakan enggan memberi kerjasama. Polis juga menemui isterinya yang mengalami kecederaan teruk dengan beberapa kesan lebam, pendarahan di bahagian muka, hidung dan mulut sambil menangis meminta tolong. 


Setelah ditahan polis, Atkinson menjelaskan bahawa pasangan itu sengaja membangkitkan kemarahannya dengan membuat panggilan video lucah. Atkinson mendakwa dia hanya memukul isterinya dengan tangan terbuka, bukannya dengan penumbuk atau tendangan. Tetapi seorang saksi tampil melaporkan dia melihat Atkinson menendang isterinya di bahagian muka. 


Selain itu, polis dimaklumkan oleh saksi lain yang mendakwa terdengar bunyi tembakan pistol ketika kejadian itu berlaku. Tetapi tiada saksi yang melihat siapa yang memegang senjata api. 


Pemeriksaan di lokasi menemui sepucuk pistol, salah satu kasut Atkinson di tempat kejadian yang mempunyai kesan darah, pistol renjatan elektrik dan sebilah pisau di mana Atkinson mendakwa senjata itu milik pasangannya.


Semakan rekod mahkamah mendapati, isteri Atkinson juga mempunyai rekod jenayah lampau yang membimbangkan. Pada tahun 2016, wanita itu dibebaskan kerana cubaan membunuh setelah berlaku perbalahan dengan teman lelakinya yang berakhir dengan tembakan. 


Isteri Atkinson kemudian mengaku bersalah kerana membahayakan diri dan dihukum dua tahun percubaan. Tidak jelas sama ada Atkinson adalah teman lelakinya pada masa itu. 


Atkinson kini ditahan di penjara daerah sebagai ganti jaminan $30,000 dan dijadualkan untuk perbicaraan awal pada Selasa. 


Sumber: Daily Mail



source https://www.thereporter.my/2021/09/suami-belasah-isteri-hampir-mati.html
Previous
Next Post »