Penjawat awam tak nak ambil suntikan vaksin, diminta meletak jawatan


Penjawat Awam di Zimbabwe yang enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19 diminta untuk mengundur diri atau meletak jawatan, kata Menteri Kehakiman pada Selasa, 7 September 2021. 


Negara Afrika Selatan setakat ini telah memberi suntikan vaksin kepada 2.7 juta penduduknya dengan sasaran menyuntik dua pertiga daripada 15 juta penduduknya pada akhir tahun ini. Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa berkata, kerajaannya telah mengeluarkan belanja besar untuk membayar 12 juta dos vaksin Covid-19 dari China. 


Menteri Kehakiman, Ziyambi Ziyambi berkata, kerajaan tidak akan memaksa rakyatnya mengambil suntikan vaksin. Namun bagi mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam adalah bertanggungjawab melindungi orang ramai dengan mendapatkan suntikan vaksin. 


"Kami tidak memaksa anda untuk mendapatkan vaksin tetapi kalau anda seorang kakitangan kerajaan, untuk melindungi orang lain dan melayani orang awam, anda perlu mendapatkan vaksin," katanya kepada stesen radio swasta ZiFM Stereo. 


Difahamkan, jumlah kakitangan Kerajaan Zimbabwe adalah sebanyak 200,000 orang termasuk guru yang merupakan majoriti. Zimbabwe mencatatkan 125,671 kes Covid-19 dan 4,493 kematian sejak wabak itu mula merebak tahun lalu.


Sumber: Reuters



source https://www.thereporter.my/2021/09/penjawat-awam-tak-nak-ambil-suntikan.html
Previous
Next Post »