(Video) 'Hati mak sakit, tolong kasihan maruah kami' - Rozita Ibrahim tegur Aliff Syukri gilakan publisiti sehingga cemar maruah keluarga


Ibu mana yang sanggup melihat anaknya dikecam setiap hari dek tindakan dan perbuatannya yang sentiasa mencari publisiti murahan.

Ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, Rozita Ibrahim sudah tidak mampu lagi menahan sabarnya hari ini memuat naik video luahan hatinya di Instagram. 

"Assalamualaikum Syukri. Mak minta maaf sangat, mak terpaksa buat video hari ini. Walaupun mak senyum, tapi hati mak sakit. Hati mak sakit sangat. Tak habis satu masalah, satu masalah. Suka sangat buat masalah.

"Selama ini mak tegur pun, kau tak nak dengar kan? Tak pernah nak dengar. Kau tak nak dengar. Mak tegur cara baik, mak marah engkau, mak jerit engkau, sekarang dah sehabis lembut dah. Mak dah puas WhatsApp macam ni tak betul, macam tu tak betul, kau still buat. 

"Buruk anak, orang tak cakap kau buruk. Orang cakap aku. Orang cakap mak ni yang tak pandai jaga anak. Mak bukan tak ajar, tak ada mak yang nak anak dia musnah, tak ada. Mak rasa mak dah tarbiah kau dengan cara paling lembut, jagalah maruah kerana kebaikan kamu Syukri adalah kebaikan mak. Keburukan kamu Syukri adalah keburukan mak.

"Kalau betul engkau, mak tak didik dulu, kenapa tak semua adik-beradik tak ikut macam itu? Bukan mak tak didik, mak dah cakap dah. Sekarang kau buat lagi, lagu menangis. Lagu menangis kau, berdarah-darah tu kenapa? Apa yang derita sangat? Somalia ke, Utupia kebuluran ke, berapa banyak nikmat yang Allah beri pada kau. Tak nampak ke?

"Tak payahlah berlagu-lagu Syukri, semua orang tahu suara engkau tu tak sedap dan tak sedap pun tak payah berlagu-lagu. 

"Nak bagi faham, macam mana kalau engkau cakap buruk A, B, C dan D, orang cakap Syukri untuk niat nak jatuhkan kau. Sebenarnya memang kau yang pilih jalan jatuh. Sebab apa tau, memang kau suka orang kecam. Masalahnya perangai kau tu, terpalit dekat mak. 

"Jangan suka dengan hinaan orang hanya untuk nak dapatkan publisiti. Cukuplah tu, cukuplah. Syukri dah ada segala-galanya. Syukri tak derita pun. Apa orang cakap tu, kita jangan cakap orang kecam kita, dengki kita, tak. Sebenarnya apa yang kita buat itu, yang kita dapat. 

"Dengar baik-baik Syukri, sudahlah lagu tu, mak bukan niat nak jatuhkan kau tapi sebab mak sayang. Dah tak tahu nak komen macam mana lagi dah. Bukan mak tak nak nasihat, mak dah gagap dah. Kalau kau nak mak panjang umur, kau nak mak hidup aman, tolonglah menjadi seorang profesional. 



Letih sesak dada Mak dah , xpayah tunggu Covid 19 pun boleh mati kalau x tahan sgt..sudahhh lah kri tak sanggup nak tengok org kutuk kri..!! . "..tetiba naik lagu pulak @aliffsyukriterlajaklaris Sedap sgt ke ..?? Mak rela masuk utan dr tengok IG atau lagu ko kri ..Tak terhibur pun rela Mak panggil Jamal Abdillah atau hattan dr dengar suara ko . Yg menangis2 air mata darah..!! Apa hal pulak ..ni sehabis sopan Mak marah sampai Mak up dekat media sosial ..Maaf ya kri..tak sesudah perangai ko kan,, mak dah penat tengok komen org 'tak reti ajak anak'' . Kalau kecik2 boleh aku piat, aku kurung ko syukri,, kalau dah besar panjang mcm ni ko yg kurung aku balik..!! Sbb ko kuat . Bukan mak x sayang dan bukan mak tak nasihat , berbuih mulut dah , sampai keluar air mata nanah pun Mak kri buat gak..Netizen tak kenal pun keluarga kita mcm mana..!! Sedap mereka cakap pasal kri , sbb kri yg mengundang..!! tolong lah jaga maruah keluarga,, jangan lah buat perangai yg bukan2.. satu2 ..seronok ko je kan..!! Mcm2 kri buat bukan alasan Dileksia ke Akasia ke " Mak dn kami kena bahananya " Selama ni mak nasihatkan dekat mak panggil ko cakap bersemuka elok2 " kri jawab baik sgt , cakap sayang Mak dn ikut cakp Mak" lepas tu buat lagi “ . KRI sgt baik dgn Mak suka gurau , jaga Mak korban apa saja, tp jgn buat macam ni kat orang awam , umur dh 30an drpd kecik susah dgr cakap Mak , Dah tua makin menjadi2 ko kan..!! Tak pernah aku teringin pun nak up bebel ni nasihat ko secara terbuka.. kali ni mmg mak sgt2 marah sbb mak tak sanggup nk dgar lagi org komen negatif ttg kamu syukri..!!
A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

"Bukan lagi menyanyi sebab Syukri bukan artis dan tak perlu pun nak menunjukkan benda yang merapu-rapu, sesuai dengan umur dan lagi satu mak pesan, tolong kasihan maruah kami semua. 

"Bukan diri sendiri tetapi pandang maruah kami semua. Siapa? Mak ayah, adik beradik dan anak-anak kamu Syukri. Mak sayang kamu. Mak minta maaf banyak-banyak terpaksa buat komen secara terbuka kerana sampai masa mak bersuara," katanya.



source https://www.thereporter.my/2020/03/video-hati-mak-sakit-tolong-kasihan.html
Previous
Next Post »