'Kami banyak kali tengok seksanya sakratul maut' - Jururawat luah rasa kesal masih ada rakyat berdegil


Suatu ketika dulu, barisan mereka (perubatan) sering dikutuk dan dihina. Pelbagai tohmahan juga dilemparkan setiap kali mereka membuat kesilapan. Tetapi kini, barisan mereka sangat diperlukan oleh masyarakat.

Mereka tidak berdendam dengan sindiran dulu kala, sebaliknya membalasnya dengan taruhan nyawa mereka sendiri demi kesihatan anak bangsa dan negara mereka.

Ketika ini, harapan mereka hanya satu supaya masyarakat memberikan kerjasama tangani isu yang berlaku sekarang.

KAMI yang jaga corona ni penat sangat. Tak sempat solat (terpaksa solat jamak) makan, tukar pad sampai tak sedar bocor. Bila nak tukar baju baru perasan.

Balik lambat 1-2 jam tu semestinya, sebab ada banyak benda untuk diselesaikan. Bila balik risau, kot-kot dapat pesakit positif. Air mata mengalir tak tentu masa. Tak fikir pun pasal corona, tiba-tiba automatik keluar air mata. Tak tahu kenapa, mungkin burn out. Mungkin la. 

Tapi yang saya tak tahan adalah bila rasa nikmat ibadah ditarik. Nikmat solat pada waktunya ditarik. Memang boleh jamak. Tapi tetap rasa lain.

Kami banyak kali tengok seksanya sakratul maut. Kami takut. Kami nak solat. Kami nak memohon kepada Allah, kami nak laksanakan tugas hamba. Tapi bila jadi macam ni, susah.

Sebelum ni kerja kat dalam kecemasan memang ada je waktu solat yang tak sempat dikejar. Tapi bila ada Covid-19 ni, makin teruk.

So pada rakyat Malaysia yang degil, rasa takpe untuk keluar jalan-jalan, kalau kes Covid-19 makin teruk selepas 31/3, kat akhirat nanti saya akan mengadu pada Allah. Sebab korang, kami tak dapat nikmat solat pada waktunya.

Pada yang bersatu memberi kerjasama pada kerajaan, terima kasih. Moga kita semua terlindung dari wabak ini. Dan semoga kita dapat maraton ibadah di bulan Ramadhan nanti bersama-sama.

Sumber: Nadiya Ali


source https://www.thereporter.my/2020/03/kami-banyak-kali-tengok-seksanya.html
Previous
Next Post »