Janda anak satu masih dalam tempoh iddah dicekup berkhalwat dengan suami orang


Seorang wanita yang masih dalam tempoh iddah dicekup berkhalwat dengan suami orang di kediamannya di Padang Terap, semalam. 

Pasangan itu dicekup oleh sepasukan anggota dari Pejabat Agama Daerah Padang Terap (PADPT) selepas menerima maklumat daripada orang awam. 

"Selepas memberi salam, pintu kemudian dibuka dan hasil pemeriksaan menemui pasangan terbabit dalam rumah berkenaan. 

"Siasatan mendapati, wanita berusia 33 tahun itu masih dalam tempoh iddah selepas bercerai dengan suaminya, manakala lelaki berusia 42 tahun itu masih suami orang," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Syeikh Radzi Abdul Mutalib.

Selain itu, wanita itu juga mempunyai seorang anak. 

Pasnagan bukanmahram itu kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk laporan penangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk tindakan lanjut. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana berdua-duaan tanpa mahram atau ikatan suami isteri sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai. 

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 

Sumber: Harian Metro


source https://www.thereporter.my/2020/03/janda-anak-satu-masih-dalam-tempoh.html
Previous
Next Post »