Mangsa gigit alat sulit perogol sampai putus


Seorang wanita terpaksa menggigit alat sulit lelaki yang didakwa cuba merogolnya dalam kejadian yang berlaku di kediamannya sendiri di Miguel Alves, utara Brazil pada 5 September lalu. 

Mangsa yang dikenali sebagai Bruna berkata, dia pada ketika itu sedang berada di dalam bilik dengan lelaki lain sebelum suspek, Pedro, masuk dan mula menyerangnya. 

Menurut laporan Daily Mail, suspek yang dikenali sebagai Pedro, merupakan bekas teman lelaki yang juga jiran sebelah rumah. 

Dalam serangan itu, Bruna mendakwa Pedro masuk ke biliknya dalam keadaan tanpa seurat benang dan menolak dia ke katil dengan kuat.

Pedro kemudian menarik rambut Bruna yang dipercayai cuba memaksa mangsa melakukan oral seks, sementara pasangan Bruna cuba menghalangnya dari berbuat demikian.

Ketika berdepan dengan 'kukucai' suspek, Bruna mengambil kesempatan untuk menggigitnya sebanyak dua kali. Bruna berkata pada situasi yang mencemaskan itu, dia tidak sedar yang dia telah menggigit salah satu telur kerandut suspek sehingga terputus. 

Pedro kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan, tetapi doktor tidak berjaya menyambung semula testikalnya yang terputus itu. 

Kes itu menjadi tajuk berita utama di Brazil dan Bruna banyak ditemubual oleh pihak media yang mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa rogol dua kali semasa masih kecil dan menegaskan dia enggan menjadi mangsa rogol buat kali ketiga. 

Bagaimanapun, Pedro ketika ditemui media berkata, perkara itu tidak sepatutnya terjadi pada dirinya. 

Polis sedang menyiasat kes tersebut dan pihaknya masih menunggu keputusan sama ada kedua-duanya akan dikenakan tindakan undang-undang atau sebaliknya. 

Sumber: Daily Mail, New Straits Times



source https://www.thereporter.my/2020/09/mangsa-gigit-alat-sulit-perogol-sampai.html
Previous
Next Post »