Lelaki dihukum sebat 169 kali kerana merogol kanak-kanak

Seorang lelaki di Aceh, Indonesia yang didapati bersalah kerana merogol kanak-kanak dijatuhkan hukuman sebat di bawah Undang-Undang Syariah. 


Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Roni, dihukum sebat sebanyak 169 kali di sebuah bangunan awam pada hari Khamis, 24 September 2020. Namun Roni terjatuh selepas disebat kali ke 52 kerana tidak dapat menahan kesakitan itu. 


Pegawai perubatan kemudian memaklumkan, Roni tidak dapat meneruskan hukuman itu, yang membawa maksud Roni akan menyambung hukuman sebat yang berbaki 117 pada tarikh yang akan ditetapkan kelak. 


Difahamkan, Roni juga telah menjalani hukuman penjara selama enam bulan sebelum hukuman sebat itu dilakukan, yang juga telah mengurangkan jumlah sebatannya dari 175 ke 169 sebatan. 


"Apabila dia disebat kali ke 52, terdapat kesan melepuh di bahagian punggung kanannya dan jika terus disebat di bahagian yang sama akan menyebabkan saluran darahnya pecah dan berdarah," kata salah seorang pegawai perubatan kepada media tempatan. 


"Lebih baik hukuman ini ditangguhkan sehingga keadaannya pulih," katanya. 


Roni disebab bersamal ima orang yang telah disabitkan bersalah atas kesalahan berjudi dan masing-masing diberi hukuman lapan sebatan. 


Hukuman sebat digunakan sebagai hukuman bagi pelbagai kesalahan di Banda Aceh, wilayah yang paling konservatif di Indonesia dan satu-satunya wilayah yang masih melaksanakan sistem perundangan berdasarkan Hukum Syariah. 


Kesalahan meminum minuman alkohol, berzina dan seks homoseksual juga akan dikenakan hukuman rotan di bawah sistem perundangan tersebut. 


Sumber: Daily Mail



source https://www.thereporter.my/2020/09/lelaki-dihukum-sebat-169-kali-kerana.html
Previous
Next Post »