'Biar aku dulu' - 7 lelaki ditahan kerana merogol gadis mabuk


Seorang gadis berusia 23 tahun membuat laporan polis yang mendakwa dia telah dirogol sekumpulan lelaki. 

Menurut laporan itu, kejadian berlaku awal pagi Ahad (20/9/2020) di Makassar, Indonesia. 

Kira-kira jam 1 pagi, mangsa baru pulang dari tempat hiburan bersama dua rakannya, dalam keadaan mabuk.

Mangsa mahu terus pulang ke rumahnya, tetapi salah seorang rakannya telah memaksa dia untuk menginap di sebuah hotel. Mangsa bersetuju dan mereka menginap di bilik 103. 

Dalam keadaan separuh sedar di dalam bilik hotel, mangsa sempat terdengar suara seorang lelaki yang berkata, 

"Biar aku dulu"

Kata-kata itu membuatkan mangsa terbangun dan terkejut melihat seorang lelaki yang berada di depannya. 

Lelaki itu segera melarikan diri dan mangsa sempat melihat sejumlah lelaki lain yang berada di dalam bilik itu melarikan diri. 

Bertindak di atas laporan itu, polis berjaya menahan tujuh suspek yang dipercayai terbabit dalam kes itu. 

Kesemua suspek yang ditahan berusia dari 20 hingga 25 tahun. 

Mangsa dan tujuh suspek dibawa ke balai untuk siasatan lanjut. 

Sumber: Detik News


source https://www.thereporter.my/2020/09/biar-aku-dulu-7-lelaki-ditahan-kerana.html
Previous
Next Post »