Tesla Melancarkan Panel Solarglass – Panel Solar Generasi Ketiga Untuk Kegunaan Di Rumah

https://ift.tt/2WqZu0Y

Tiga tahun yang lalu Solar Roof dilancarkan oleh Tesla untuk menggantikan atap genting pada rumah kediaman. Panel solar ini kelihatan seperti atap genting biasa bagi membolehkan penggunaan panel solar yang tidak kelihatan terlalu ketara. Mereka kini melancarkan pula Solarglass yang merupakan panel solar generasi ketiga keluaran mereka.

Solarglass lebih mudah dipasang dan tahan lasak berbanding generasi terdahulu. Menurut Tesla dengan rekaan baharu ini mempunyai ketahanan sehingga 30 tahun sebelum perlu digantikan. Kos pemasangan juga lebih pantas dengan bumbung boleh dipasang dalam masa sehari berbanding 2 minggu sebelum ini. Panel Solarglass dijual pada harga $33,950 (~RM143,000) untuk keluasan 2000 kaki persegi yang mampu menghasilkan 10kW tenaga elektrik,



from Amanz https://ift.tt/2PoObEV
via IFTTT
Previous
Next Post »