Razer Hammerhead True Wireless Earbuds Dilancarkan – TWS Dengan Latensi Ultra Rendah

https://ift.tt/2Nm6DLW

Set fon telinga nirwayar sebenar kini semakin menjadi-jadi dan ia adalah seakan trend yang tidak akan berhenti. Apple baru sahaja melancarkan Apple AirPods Pro, Tronsmart dengan Spunky Beat dan terkini Razer pula ingin sertai trend ini.

Razer baru sahaja melancarkan Razer Hammerhead True Wireless Earbuds. Ia adalah TWS jenis bukan dalam telinga dan mirip dengan AirPods versi lama. Razer mendakwa yang TWS mereka ini mempunyai sokongan latensi ultra rendah melalui cip Bluetooth 5.0 yang khusus. TWS Razer ini memfokuskan gaming sepenuhnya, dengan latesnsi serendah 60ms melalui mod gaming terbina yang turut memberikan kualiti audio yang lebih jelas. Razer turut menyatakan yang TWS ini akan memberikan pengalaman yang lebih imersif ketika bermain permainan. Razer Hammerhead True Wireless Earbuds ini juga mneyertakan kawalan sesentuh gestur untuk mengawal media dan sebagainya.

Bateri pada pod pengecas adalah 275mAh dan boleh mengecas TWS Razer ini sehingga empat kali untuk bertahan selama 15 jam, namun tanpa pod pengecas – ia hanya mampu bertahan selama 3 jam sahaja. Untuk perlindungan pula, ia hadir dengan IPX4 untuk kalis percikan seperti peluh atau hujan. Agak pelik jenama gaming tidak menggunakan fon jenis dalam telinga yang mana adalah lebih baik dan mendakwa TWS mereka amat sesuai dengan gaming.

Harga jualan Razer Hammerhead True Wireless Earbuds adalah $100, iaitu sekitar RM418. Harganya adalah lebih murah dari AirPods Pro dan juga AirPods generasi kedua – jadi ia mungkin berbaloi? Apakah pendapat anda?



from Amanz https://ift.tt/36iRhjW
via IFTTT
Previous
Next Post »