Samsung Galaxy Note 10 baru sahaja dilancarkan beberapa bulan yang lalu dan kini ura-ura peranti mercu seterusnya dari Samsung mula kedengaran. Ramai menantikan kemunculan Galaxy S11 sekitar Februari 2020 bagi melihat kemampuan kameranya yang dijangka dipertingkatkan dengan mekanisme periskop.
Beberapa maklumat spesifikasi Galaxy S11 mungkin telah tertiris menerusi dokumen One UI 2.0 Beta yang sedang dilakukan. Menurut ciapan @MaxWinebach terdapat petanda ia akan dilengkapi cip Exynos 9830 dan Snapragon 865. Kedua-dua cip ini masih belum diumumkan secara rasmi.
The Exynos 9830 exists. In the latest One UI 2.0 beta for the S10, Samsung added support for the Exynos 9830 along with the Snapdragon 865. These will, of course, be used in the S11. pic.twitter.com/v2Bio1Hggf
— Max Weinbach (@MaxWinebach) October 27, 2019
Apa yang diketahui ialah kedua-duanya akan mengekalkan penggunaan teknologi 7nm. Terdapat juga kebarangkalian yang tinggi cip memori LPDDR5 akan digunakan kerana cip 12GB LPDDR4 telah mula ditawarkan untuk peranti kelas pertengahan oleh Samsung minggu lalu. Turut ditemui oleh beliau ialah kod untuk tiga peranti baharu iaitu Galaxy Y2, R5, dan A30C.