Sony Menghentikan Perkhidmatan PlayStation Vue Pada 30 Januari 2020

https://ift.tt/eA8V8J

Dua hari yang lalu kami melaporkan Sony sedang dalam perbincangan menjual perkhidmatan penstriman TV berbayar mereka PlayStation Vue. Tetapi hari ini mereka mengesahkan perkhidmatan ini sebaliknya akan dihentikan pada 30 Januari 2020.

Di dalam mesej yang dihantar kepada pelanggan, John Kodera yang merupakan timbalan presiden Sony Interactive Entertainment berkata pihak mereka akan memfokuskan kepada perniagaan teras mereka iaitu permainan video.

Selepas beroperasi selama empat tahun, PlayStation Vue hanya ditawarkan kepada pengguna di Amerika Utara sahaja dengan sekitar 500,000 pelanggan. Dengan kepopularan perkhidmatan penstriman lain, ia nampaknya tidak lagi mampu bersaing.



from Amanz https://ift.tt/2q0yqcG
via IFTTT
Previous
Next Post »