Samsung Galaxy S11 Mungkin Menggunakan Cip Exynos 9830 Dan Snapdragon 865

https://ift.tt/2MUTxpN

Samsung Galaxy Note 10 baru sahaja dilancarkan beberapa bulan yang lalu dan kini ura-ura peranti mercu seterusnya dari Samsung mula kedengaran. Ramai menantikan kemunculan Galaxy S11 sekitar Februari 2020 bagi melihat kemampuan kameranya yang dijangka dipertingkatkan dengan mekanisme periskop.

Beberapa maklumat spesifikasi Galaxy S11 mungkin telah tertiris menerusi dokumen One UI 2.0 Beta yang sedang dilakukan. Menurut ciapan @MaxWinebach  terdapat petanda ia akan dilengkapi cip Exynos 9830 dan Snapragon 865. Kedua-dua cip ini masih belum diumumkan secara rasmi.

Apa yang diketahui ialah kedua-duanya akan mengekalkan penggunaan teknologi 7nm. Terdapat juga kebarangkalian yang tinggi cip memori LPDDR5 akan digunakan kerana cip 12GB LPDDR4 telah mula ditawarkan untuk peranti kelas pertengahan oleh Samsung minggu lalu. Turut ditemui oleh beliau ialah kod untuk tiga peranti baharu iaitu Galaxy Y2, R5, dan A30C.



from Amanz https://ift.tt/2No2qqL
via IFTTT
Previous
Next Post »