Suami ceraikan isteri kerana minta 'bersama' 9 kali sehari


Viral di media sosial kisah seorang suami yang menceraikan isterinya kerana tidak mampu melayani permintaan isterinya untuk melakukan hubungan intim sehingga sembilan kali sehari. 

Kisah tersebut diceritakan oleh penasihat perkahwinan di Tulungagung, Indonesia, Mohammad Hufron Efendi yang menangani kes pasangan berkenaan pada tahun 2009, di mana usia perkahwinannya belum genap setahun. 

"Memang betul saya yang menangani kes itu. Kalau dilihat dari latar belakang pasangan, si isteri agak hiperseksual dan ini menimbulkan pertengkaran di antara mereka. 

"Namun, punca perceraian mereka adalah kerana perbalahan, bukan kerana kehidupan seks mereka kerana itu sangat peribadi," katanya. 

Jelas Hufron, pasangan itu masih berusia 20-an. Selama menjalani kehidupan berumah tangga, si isteri lebih mendominasi dan selalu meminta hasrat seksualnya dipenuhi biarpun berulang kali dalam sehari. 

"Kalau pasangan suami isteri baru, memang perkara biasa. Tetapi kalau terlalu kerap, ini menjadi persoalan lain. 

"Tetapi pada waktu itu saya tidak bertanyakan secara terperinci masalah seksualnya kerana punca utama perceraian itu adalah kerana pertengkaran mereka," katanya. 

Menurut Hufron, proses perceraian pasangan itu berjalan dengan baik dan lancar. Hakim Mahkamah Syariah telah memutuskan pasangan itu bercerai secara sah. 

Sumber: Detik News



source https://www.thereporter.my/2020/08/suami-ceraikan-isteri-kerana-minta.html
Previous
Next Post »