Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman penjara 32 tahun dan 20 sebatan terhadap seorang bapa di atas kesalahan merogol anak kandungnya sehingga hamil, tahun lalu.
Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap juruteknik berusia 42 tahun itu selepas dia membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan merogol anaknya yang pada ketika itu berusia 12 tahun.
Tertuduh diperintah menjalani hukuman penjara itu secara berasingan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 12 September 2019.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun berserta dengan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Rayat Zulfaziliah Mahmud, maaka tertuduh diwakili peguam Hayat Muhammad.
Sumber: Bernama
source
https://www.thereporter.my/2020/08/rogol-anak-sehingga-hamil-juruteknik.html
This is dummy text. It is not meant to be read. Accordingly, it is difficult to figure out when to end it. But then, this is dummy text. It is not meant to be read. Period.
Related Post
'Saya tak pernah buat statement tu' - Siti Nurhaliza kesal portal hiburan sebar berita palsu
Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza kesal sebuah portal hiburan menerbitkan sebuah artikel yang tidak
Cuepacs minta gaji minimum penjawat awam dari RM1,200 dinaikkan ke RM1,800
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya skim
'Ada beberapa artis, jutawan yang aku ingat ada kilang sendiri, rupa-rupanya...' - Wanita dedah taktik penipuan geng-geng founder produk timbang kilo
Sebelum ini, kita didedahkan dengan produk timbang kilo yang tidak menepati piawaian, kali ini,
'Anak saya kekejangan, meronta-ronta sampai terberak & terkencing' - Pelajar Tahun 6 meninggal dunia, disyaki mangsa terbaharu strok haba
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi semalam, disya