Ribuan Burung Hitam Tiba-Tiba Menyerang Bandar, Pertanda Bencana?



Kejadian pelik berlaku di sepanjang lebuh raya di Houston, Texas, di mana ribuan burung hitam kelihatan berterbangan di udara dalam keadaan cuaca yang gelap. Adakah ini petanda musibah?

Kejadian itu sempat dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya yang kebetulan melalui jalan itu. Malah burung-burung itu terbang dengan pola terbang yang tidak teratur dengan ketinggian yang amat rendah sehingga menyebabkan pengguna jalan raya perlu memperlahankan kenderaan mereka.

Video yang telah dimuat naik menunjukkan beribu-ribu burung itu mengeluarkan suara yang menakutkan, ada yang mengatakan ia seolah-olah seperti sedang membawa berita tidak buruk. Ditambah lagi keadaan langit ketika itu sangat gelap sehingga keadaan nampak sedikit suram.

Setakat ini masih belum diketahui punca kawanan burung hitam itu tiba-tiba 'menyerang; bandar ketika langit sedang gelap.

Menurut kepercayaan masyarakat, jika burung-burung berterbangan secara berkelompok dengan pola yang tidak teratur, hal itu boleh menjadi petanda akan berlaku bencana.

Previous
Next Post »