Lelaki ini Terkejut Lihat Bil Telefon RM42,500



‘Data roaming’ telefon mudah alih boleh menyebabkan anda tak keruan apabila anda tidak berhati-hati dengan penggunaan.


Itulah sebabnya ibu bapa dan rakan-rakan sering memberitahu kita untuk mematikan data roaming atau matikan kad sim kita sementara berada di luar negara.


Pada 13 Januari, seorang lelaki Malaysia, Muhammad Hazwan Hafifi menulis di laman media sosial memberi amaran kepada orang ramai selepas menerima bil telefon yang berjumlah RM42,522.80.


Menurut Hazwan, dia menerima bil telefon semasa dia berada di Dubai selama 2-3 hari.





“Apabila saya berada di Dubai, saya tidak menerima apa-apa pemberitahuan atau amaran dari U-Mobile mengenai caj penggunaan. Walaupun had kredit saya RM300, ” kata Hazwan.


“Saya tidak pernah tahu saya boleh dicaj sebanyak ini dalam masa 2-3 hari. Dengan jumlah wang ini, saya boleh membeli sebuah kereta secara tunai! ” kata Hazwan lagi.


Beliau kemudiannya menghubungi U-Mobile untuk menjelaskan keadaan.


“Apabila saya menghubungi pembekal perkhidmatan saya, mereka menyatakan bahawa ia adalah satu kesilapan dan saya terpaksa membayar untuk itu. Jika tidak, mereka akan mengambil tindakan terhadap saya,” kata Hazwan.


Walaupun dia masih tidak percaya jumlah yang telah dibilkan, Hazwan berkata dia masih tidak tahu entah bagaimana mencari jalan untuk membayar sehingga RM 42,522.80. Pada masa yang sama, beliau menggesa pengguna internet untuk mematikan data mereka apabila melancong ke luar negara atau anda perlu menjual buah pinggang untuk membayar jumlah itu.


Sumber: World Of Buzz via The Reporter
Previous
Next Post »