Pemandu teksi caj pelancong Perancis RM800 - giler

Ini Sebab Kenapa pengguna pilih Uber &Grabcar bukan teksi....


Pemandu teksi caj pelancong Perancis RM800

Hasrat dua pelancong Perancis untuk melihat keindahan Masjid Negara tertangguh selepas dibawa ke Putrajaya lebih awal.



KUALA LUMPUR,
22 Dis — Dua pelancong Perancis dikenakan tambang RM800 oleh seorang pemandu teksi Sabtu lalu.

Pelancong wanita berkenaan dikenali sebagai Sarah dilaporkan mahu ke Masjid Negara dari KLCC namun dibawa ke Putrajaya, lapor Harian Metro.

“Kedua-dua pelancong itu membuat laporan di Pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Pudu di sini selain memberikan maklumat nombor pendaftaran teksi serta gambar pemandu teksi berkenaan.

“Pihak SPAD kini mengesan pemandu teksi terbabit untuk tindakan lanjut. Perbuatan seperti ini menjejaskan imej negara,” kata jurucakap SPAD yang tidak dinamakan.

Sarah bersama rakannya dilaporkan membuat aduan kepada SPAD Ahad lepas selepas tidak berpuas hati dengan insiden pada petang sebelumnya.

Pemandu teksi itu dilaporkan tidak menggunakan meter tambang dan wanita berkenaan yang ketakutan akur membayar jumlah yang diminta.
Previous
Next Post »