Video Viral Pekerja KFC Memijak Ayam Dengan Kaki Tetapi….



Netizen seakan tak percaya dan terkejut dengan satu video viral pekerja KFC didakwa memijak ayam.

Dengan kapsyen memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati apabila mengunjungi restoran KFC.



Dalam video itu, seorang lelaki dengan but putih memijak-mijak ayam di dalam sebuah peti. Bagaimanapun, tiada petanda menghubungkan video tersebut dengan pekerja KFC.


Bagi menyokong tuntutan, ramai melaporkan isu ini dengan melampirkan imej seorang lelaki memakai pakaian pekerja KFC – walaupun kemudiannya didapati bahawa tidaklah berkait sama sekali.


Setelah kajian lanjut, didapati bahawa video itu pada mulanya dikongsi di Youtube pada bulan Mei tahun ini, dan tiada kena mengena dengan KFC. Video yang asal bertujuan untuk mendedahkan bagaimana kilang di Poland mengeluarkan ayam mereka, yang didedahkan oleh laman Daily Mail.
pekerja-kfc-memijak-ayam-2
Bagi lelaki yang dituduh memijak ayam? Ya, dia memang pekerja KFC, tetapi dia tidak pernah ditugaskan menyediakan ayam – dia hanya berkhidmat menjual aiskrim.
pekerja-kfc-memijak-ayam-5
pekerja-kfc-memijak-ayam-3
pekerja-kfc-memijak-ayam-4

Lelaki berkenaan yang pernah bekerja sambilan di Bangkok kemudian menjelaskan kes itu di Facebook, menjelaskan hakikat bahawa lelaki itu memijak ayam bukan dirinya dan dia telah membuat laporan polis berhubung kes itu.

Sekurang-kurangnya, sekarang anda boleh yakin ketika berkunjung ke restoran KFC, anda tidak perlu risau ayam goreng anda dikendalikan oleh kaki seseorang.
Previous
Next Post »