Maxis tawar prepaid Hotlink murah sebelum PKP berakhir

Selaras dengan keperluan pelanggan yang mahukan lebih banyak Internet, Hotlink melancarkan paket prabayar baru, Hotlink Prepaid Unlimited yang mempunyai ciri  Internet dan panggilan tanpa had.

 

“Ini adalah masa yang terbaik bagi kami melancarkan pelan Hotlink Prepaid Unlimited kerana pelanggan menggunakan Internet pada kadar yang belum pernah terjadi semasa tempoh PKPB. Pek ini sesuai untuk golongan muda yang mahukan segalanya dengan meneroka pelbagai kemungkinan bersama rakan-rakan mereka, serta pencari nilai yang ingin memperoleh nilai yang lebih besar. Pelan prayabar tanpa had ini memenuhi keperluan pembayaran, ganjaran dan hiburan mereka dalam era konvergen yang baru ini yang membolehkan mereka sentiasa ke hadapan. Dengan Hotlink, tidak ada batasan untuk apa sahaja yang anda lakukan,” kata Navin Manian, Ketua Pengurusan Pangkalan Pelanggan Hotlink, Maxis.

 

Hotlink Prepaid Unlimited menawarkan nilai hebat dengan faedah menarik seperti Maxis TV, pulangan tunai di laman aplikasi Google Play dan Apple app store dan lebih banyak ganjaran. Pelan ini sesuai dengan gaya hidup Generasi Z yang semakin digital, yang bersedia memanfaatkan ekosistem digital melalui kemahiran yang dipelajari online dan e-Dagang. Untuk itu, mereka memerlukan rangkaian ‘Always On’ untuk berada di hadapan.

Selain pelancaran Hotlink Prepaid Unlimited yang baru, pek SUPERRR Hotlink sedia ada juga akan diperbaharui untuk menjadi Hotlink Prepaid Video, rancangan prabayar terbaik untuk pengguna yang lebih individualistik, yang suka strim video berkelajuan dan berkualiti tinggi untuk kandungan tanpa had yang lebih imersif. Mereka juga dapat menikmati hiburan bertaraf dunia di Maxis TV melalui sachet pas, dengan 10GB percuma setiap bulan pada aplikasi video terpilih, dan 2x Internet percuma untuk video dengan pembelian pas MI.

 

Untuk membeli pakej Hotlink Prepaid Unlimited dan Hotlink Prepaid Video, terus ke Maxis Store, Hotlink dealer atau kedai serbaneka terdekat.

 

The post Maxis tawar prepaid Hotlink murah sebelum PKP berakhir appeared first on TheSkop.



from TheSkop https://ift.tt/3dzfOEt
via gqrds
Previous
Next Post »