Lelaki Myanmar londeh seluar & tunjuk anu setan dipenjara 10 bulan


Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap lelaki Myanmar di atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita. 

Keputusan itu dibuat selepas tertuduh, Rafi Alam Mohd Alam, 30, mengaku bersalah di atas pertuduhan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan. 

Rafi didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh itu dengan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa berusia 44 tahun di sebuah kedai makan di Kampung Pak Katak, pada jam 9.45 pagi pada 26 September 2019. 

Mangsa sebelum itu terlebih dahulu berada di kedai makan tersebut, yang kemudian didatangi oleh suspek memesan air minuman. 

Sebaik sahaja selesai minum, Rafi tiba-tiba melondeh seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa. Mangsa yang terkejut terus melarikan diri ke dalam rumah untuk meminta pertolongan. 

Pada jam 1.40 tengah hari, hari yang sama, Rafi sekali lagi datang. Mangsa terus meminta bantuan anak saudaranya untuk menangkap suspek sebelum diserahkan kepada polis. 

Sumber: Harian Metro


source https://www.thereporter.my/2020/06/lelaki-myanmar-londeh-seluar-tunjuk-anu.html
Previous
Next Post »