Kambing Jantan Disangka Babi Hutan, Tersangkut Kepala Di Celah Stereng



Mengejutkan bila seekor kambing jantan yang cuba menyondol seorang wanita tersangkut di stereng sebuah kereta.

Kejadian di Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu terjadi apabila mangsa berkata dia terdengar bunyi haiwan meluru ke arah keretanya. 

Memetik laporan Harian Metro, pekerja swasta dikenali sebagai Mysha, 45, mahu mengambil barang di tempat duduk sebelah pemandu ketika terdengar bunyi haiwan, disangka babi hutan, meluru ke arahnya.

“Dalam keadaan panik, saya melompat ke tempat duduk pemandu lalu membuka pintu kereta dan melarikan diri ke dalam rumah,” katanya, lapor Harian Metro.

“Kemudian saya melihat kepala kambing itu tersangkut pada stereng”.
Beliau gagal mengeluarkan kambing itu dan menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang mengambil masa tiga minit untuk mengeluarkan haiwan tersebut.

Kejadian berlaku di Kampung Gentam di sini, sekitar jam 3 petang semalam.



'Den ingat babi hutan...'
TINDAKAN pantas seorang wanita melarikan diri keluar dari kereta menyelamatkannya daripada diserang kambing jantan di Kampung Gentam, Kuala Pilah, hari ini.
Dalam kejadian 3 petang itu, wanita dikenali Mysha, 45, baru pulang dari bekerja sebagai pegawai operasi di syarikat swasta di daerah ini dan meletakkan kereta di hadapan rumah.
Katanya, ketika sedang mengambil barang di bahagian tempat duduk penumpang hadapan, dia terdengar bunyi haiwan datang dari arah belakang.
“Apabila menoleh, saya melihat seekor haiwan meluru ke arah saya dan menyangka ia babi hutan menyebabkan saya masuk semula ke dalam kereta sebelum menyedari ia adalah kambing.
“Dalam keadaan panik, saya melompat ke tempat duduk pemandu lalu membuka pintu kereta dan melarikan diri ke dalam rumah.
“Kemudiannya saya melihat kepala kambing itu sudah tersangkut pada stereng kereta,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Menurutnya, selepas kejadian itu, dia berusaha untuk mengeluarkan kambing berkenaan, namun gagal menyebabkan dia menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk meminta bantuan.
Katanya, kambing terbabit berjaya dikeluarkan pasukan APM dan dia bersyukur tidak cedera walaupun keretanya mengalami kerosakan kecil akibat ditendang kambing itu.
Sementara itu, jurucakap APM menerusi kenyataan berkata, seramai tiga anggota ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 3.40 petang.
Beliau berkata, pihaknya hanya mengambil masa tiga minit untuk mengeluarkan kambing dari stereng kereta berkenaan.
Previous
Next Post »