JPJ kemalangan kejar kereta klon Di Nilai N.Sembilan


Kenderaan JPJ kemalangan kejar kereta klon





NILAI: Sebuah kenderaan peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbabit dalam kemalangan dengan empat kenderaan lain ketika mengejar sebuah kereta klon di Kawasan Perindustrian Arab-Malaysia di sini, petang tadi.

Pengarah JPJ negeri, Azrin Borhan, berkata dalam kejadian jam 5.15 petang itu, tiga anggota mengenal pasti sebuah Honda Stream yang mencurigakan dan mengekorinya.

"Suspek iaitu lelaki berusia 30-an yang memandu kereta itu kemudian diarahkan berhenti, bagaimanapun dia enggan berbuat demikian dan cuba melarikan diri.

"Dia kemudian melanggar kenderaan lain yang menyebabkan satu kemalangan dan secara keseluruhan kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk kenderaan JPJ yang mengejarnya.

"Suspek yang tidak cedera kemudian menyerah diri. Anggota JPJ juga tidak cedera dalam kejadian itu. Kami difahamkan hanya seorang pemandu wanita sebuah kereta lain mengalami cedera ringan," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Katanya, pemeriksaan mendapati kereta terbabit adalah kereta klon yang menggunakan nombor pendaftaran kereta lain dan tidak mempunyai rekod nombor enjin.

Beliau berkata, anggota JPJ yang terbabit dalam kemalangan itu sudah membuat laporan polis dan pihaknya turut menjalankan siasatan lanjut berhubung kereta klon berkenaan.












Previous
Next Post »