Budak 12 tahun meninggal dunia bukan disebabkan strok haba - JKNJ



Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di Kluang semalam bukan disebabkan strok haba.


Pengarah Kesihatan Johor Dr Mohtar Pungut @ Ahmad berkata punca kematian kanak-kanak berkenaan disahkan akibat Renjatan Septik sekunder kepada Meningoencephalitis (Septic Shock secondary to Meningoencephalitis).


"Adalah dimaklumkan siasatan yang telah dijalankan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang mendapati bahawa kanak-kanak tersebut telah dimasukkan ke wad kerana mengalami sawan selepas demam panas sehari sebelum dan mempunyai gejala batuk selama tiga hari," katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), semalam.


Beliau berkata JKNJ merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.


Terdahulu, media melaporkan bapa kanak-kanak berkenaan mendakwa anaknya meninggal dunia kira-kira 7 pagi semalam disebabkan strok haba.


Sumber: Bernama



source https://www.thereporter.my/2023/05/budak-12-tahun-meninggal-dunia-bukan.html
Previous
Next Post »