Gadis mengadu dirogol 2 kali, ibunya hanya minta ganti rugi iPhone 11 Pro Max dari teman lelakinya untuk tutup kes


Seorang pelajar perempuan di Indonesia dirogol oleh teman lelaki ibunya. Nasib mangsa bertambah malang apabila ibunya tidak melaporkan kejadian itu kepada polis, sebaliknya meminta dibelikan iPhone 11 Pro Max sebagai ganti rugi. 


Mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapanya. Berang dengan nasib yang menimpa anak perempuannya, lelaki itu terus membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 


Difahamkan, ibu bapa mangsa telah bercerai sejak tiga tahun lalu dan mangsa selalu tinggal bersama dengan ibunya di rumah sewa, di Kecamatan Medan Polonia.


Menurut Pembantu Undang-Undang, Luqman Sulaiman yang mendedahkan kes itu berkata, kejadian itu berlaku pada 2 Ogos 2021 di rumah mangsa yang ketika itu ibunya keluar bekerja.


"Kejadian itu berlaku ketika ibunya keluar bekerja. Disebabkan si ibu dan suspek menjalinkan hubungan, suspek bebas keluar masuk ke dalam rumah itu," katanya. 


Suspek yang masuk ke dalam rumah dikatakan tergoda dengan mangsa yang sedang tidur di dalam bilik, lalu melakukan perbuatan keji itu tanpa diketahui oleh ibu mangsa. 


Mangsa sempat melawan ketika suspek berusaha menodainya, tetapi gagal kerana tidak berdaya melawan suspek yang berbadan besar. Lebih parah lagi, suspek mengulangi perbuatan kejinya itu buat kali kedua pada 20 Ogos 2021. 


Apabila ibu mangsa mengetahui kejadian itu, dia tidak membuat laporan polis. Sebaliknya meminta suspek membelikan telefon bimbit iPhone 11 Pro Max untuk mangsa, sebagai ganti rugi. Tidak tahan dengan kejadian itu, mangsa mengadu kepada bapanya sebelum membuat laporan polis. 


Siasatan awal mendapati, ibu mangsa menghadapi masalah kewangan dan hanya bergantung dengan hasil pendapatannya yang bekerja sebagai pembantu rumah. Selepas mengenali suspek, masalah beban kewangannya semakin berkurangan kerana banyak ditanggung oleh suspek. 


Di kesempatan itu, suspek mengambil peluang untuk keluar masuk ke rumah teman wanitanya itu. 


Kini mangsa tinggal bersama bapanya yang bertegas tidak akan membenarkan anak perempuannya dijaga oleh bekas isteri. 


Sumber: Tribun News



source https://www.thereporter.my/2021/11/gadis-mengadu-dirogol-2-kali-ibunya.html
Previous
Next Post »