(Video) Wanita jual rumah RM292 sebab tak tahan dengan jiran sebelah


Viral di media sosial Indonesia yang menunjukkan sebuah rumah dijual pada harga murah, 1 juta rupiah (RM292) kerana pemilik rumah itu tidak selesa dengan jirannya.


Dalam klip video tersebut, lelaki yang merakam video itu datang bertemu dengan wanita pemilik rumah untuk membeli rumah yang dijual dengan harga murah tersebut. 


"Puan Siti, katanya nak jual rumah dengan harga sejuta ya?" tanya lelaki berkenaan. 


Ketika ditunjukkan rumah yang hendak dijual, ternyata rumah berwarna cream dicampur dengan warna biru itu mempunyai ukuran yang luas dan berlantai seramik. 


"Mak aih, besar betul rumah ni," katanya. 


Apabila ditanya mengapa rumah itu hendak dijual, Puan Siti memberikan alasan dia tidak selesa dengan jiran sebelahnya. Tertarik dengan keluasan rumah itu, lalu dia menyerahkan wang pendahuluan 50 ribu rupiah (RM14.60) untuk membeli rumah tersebut.


Tetapi keputusannya berubah setelah melihat jiran yang dimaksudkan oleh wanita itu. 


"Peh! Kawasan kubur! Patutlah puan rasa tak selesa. Aduh! Tak jadilah nak beli, terima kasih puan," katanya yang terus berlari meninggalkan rumah tersebut. 


@bro_tempe

di jual nih rumah..murah 😊👍🏻##MerdekaCatetRibet ##fyp

♬ suara asli - BRO_TEMPE


Sejak dimuat naik, video itu telah ditonton lebih 4.6 juta views dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang juga menolak untuk membeli rumah tersebut walaupun harganya sangat murah. 


"Jangankan sejuta, diberi secara percuma pun aku tak nak," kata netizen. 


Sumber: Indo Zone



source https://www.thereporter.my/2021/08/video-wanita-jual-rumah-rm292-sebab-tak.html
Previous
Next Post »