‘SYABU 150KG BERNILAI RM10.5 JUTA Berjaya Dirampas Kastam’ – Tangkapan Besar (6 FOTO)

LAPAN RATUS guni disyaki mengandungi dadah Methamphetamine bernilai ratusan juta ringgit dirampas anggota cawangan narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dari premis di Seri Kembangan, Selangor, semalam.


CAWANGAN Narkotik Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dadah disyaki syabu seberat 150 kilogram dianggarkan bernilai RM10.55 juta di premis di Seri Kembangan, petang semalam.


Serbuan kira-kira 6 petang itu juga menahan tujuh lelaki berusia 22 hingga 43 tahun. Susulan serbuan kira-kira 6 petang itu, KDRN turut menahan tujuh individu berusia 22 hingga 43 tahun.
Sumber KDRM berkata, ketika serbuan terdapat enam lelaki sedang memunggah guni berkenaan dari kontena ke premis.
“Hasil pemeriksaan enam daripada 800 guni itu mendapati kandungannya adalah serbuk putih seberat 150.72 kilogram disyaki dadah jenis Methamphetamine dianggarkan bernilai RM10.55 juta.
“Pasukan serbuan menahan keenam-enam lelaki berkenaan yang terdiri daripada lima warga Bangladesh dan seorang warga Nepal,” katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan terhadap seorang suspek, seorang lagi warga tempatan ditahan di kawasan Seri Kembangan pada hari sama
Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri T Subromaniam berkata, hasil pemeriksaan dalam premis itu, pihaknya menemui enam guni serbuk putih disyaki dadah jenis syabu.
“Barang dagangan bersama barang disyaki dadah dibawa masuk dari Chennai, India melalui Pelabuhan Klang dan diikrarkan sebagai Magnesium Sulfat.
“Mereka didapati mengaburi mata pihak berkuasa dengan menyembunyikan enam guni syabu berkenaan bersama 794 magnesium sulfat untuk masuk ke sempadan negara,” katanya pada sidang media di Pejabat Cawangan Narkotik JKDM di Nilai, Negeri Sembilan malam tadi.
Beliau berkata, ketika serbuan terdapat enam pekerja terdiri daripada lima warga Bangladesh dan seorang lelaki warga Nepal sedang memunggah guni dari kontena masuk ke premis.
“Hasil soal siasat membawa kepada penahanan seorang lelaki warga tempatan berhampiran lokasi. Turut dirampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang disyaki digunakan dalam aktiviti pengedaran dadah.
“Siasatan masih diteruskan untuk menjejaki dalang dan ahli sindiket itu. Kami yakin akan menahan saki baki kumpulan ini dalam masa terdekat,” katanya.
Sumber : HarianMetro Utusan
Previous
Next Post »