Dah beberapa kali terlanjur Janda dicekup di hotel

Pemuda dan janda yang ditahan di hotel di Kuala Nerus, tengah malam tadi.FOTO Syafiq Ambak

Kuala Terengganu: Dua pasangan kekasih termasuk janda anak dua dicekup berkhalwat dalam serbuan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah hotel di Kuala Nerus, tengah malam tadi.


Mereka yang mengaku mendaftar masuk di hotel berkenaan untuk melakukan perbuatan tidak bermoral berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama kerana sudah insaf selain merancang untuk berkahwin ketika serbuan kira-kira 12.15 tengah malam.

Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, janda berusia 24 tahun dikatakan mengambil teman lelakinya berusia 26 tahun yang bekerja di Johor Bharu, Johor di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kira-kira jam 10 pagi semalam sebelum mendaftar masuk di hotel berkenaan

"Wanita terbabit turut memaklumkan sudah beberapa kali melakukan hubungan seks sebelum bilik mereka diserbu penguatkuasa," katanya.

Wan Mohd berkata, dalam serbuan di bilik berasingan di hotel sama, pihaknya turut menahan pasangan kekasih berusia 22 tahun yang pernah menuntut di sebuah kolejdi Kuala Lumpur sebelum ini.

Katanya, wanita terbabit dikatakan mengambil teman lelakinya dari Kuala Lumpur di Hentian Bas MBKT.

"Dua pasangan ini masing-masing mengaku pernah terlanjur sebelum ini dan mereka dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat," katanya.
Previous
Next Post »